Bagaimana Syariat Islam Membebaskan Wanita Dengan Menutup Aurat


Saat ini merupakan satu detik dan ketika yang amat tepat untuk Muslimah menghentikan perdebatan dan berbagai rupa serangan ke atas cara pemakaian Muslimah. Sememangnya sudah tiba masanya kita mendedahkan segala pembebasan palsu keatas wanita Muslimah

yang didakwa oleh konsep kebebasan ala Barat. Serangan-serangan oleh para pemimpin dan politikus Barat ke atas pemakaian hijab, jilbab(jubah) dan niqab (purdah) menunjukkan mereka sebenarnya menggunakan ‘purdah’ mereka untuk menutup kegagalan mereka dalam meyakinkan wanita Muslimah tentang cara hidup sekular.

Muslimah di Britain juga memainkan peranan untuk membuktikan kepada sebahagian besar masyarakat bahawasanya hukum buatan manusia dan kehendak manusia yang sebenarnya menindas golongan wanita – bukannya Islam. Seandainya ada tudung ataupun kerudung yang perlu disingkap, ianya tak lain tak bukan adalah tudung penipuan dan fitnah yang menyelubungi isu pemakaian menutup aurat dan perlakuan sebenar Islam ke atas wanita.

Dan siapakah yang lebih baik perkataannnya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata, “Sungguh aku termasuk orang-orang Muslim (yang berserah diri)? ” [TMQ Al Fussilat (41) : 33]

Dengan demikian, apabila ada golongan yang berkata, pakaian yang menutup aurat ini menindas kita, respon yang sepatutnya adalah, TIDAK! Pakaian inilah yang menceritakan semula bagaimanakah hubungan lelaki dan wanita di dalam sebuah masyarakat, iaitu bukan

sebagai satu objek pemuas nafsu serakah manusia, tetapi sebagai satu makhluk yang mempunyai sumbangan penting dalam pembinaan individu-individu yang membentuk halatuju sebuah masyarakat. Pada ketika terdapat golongan yang berkata, kita dipaksa oleh kaum lelaki untuk memakai pakaian yang menutup aurat, jawapannya –TIDAK! Sebenarnya kaum lelaki lah yang dipaksa oleh pakaian ini untuk menghargai wanita sebagai warga masyarakat yang mempunyai taraf yang sama dengan mereka dan bukannya sebagai satu boneka pemuas nafsu ghairah mereka. Begitu juga apabila terdapat golongan yang berkata, pakaian menutup aurat ini merampas kebebasan kita, respon yang sepatutnya adalah “ Apa masalahnya??! – Mengapakah kita perlu untuk menerima “nilai kebebasan” yang telah membawa seribu satu macam penyeksaan kepada sebahagian besar wanita ini. Nilai-nilai yang kononnya dikatakan sebagai kebebasan ini, telah di zahirkan dengan jelas oleh negara-negara Barat dengan pengharaman hijab – iaitu ianya ternyata sebuah “kebebasan yang datang pada hari ini dan pergi keesokan harinya!” Seperkara lagi yang perlu diperjelaskan adalah, sesungguhnya kaum Muslimah tidak berpakaian kerana mereka bebas memilih apa yang ingin di pakai – kerana sekiranya kita menerima idea kebebasan memilih cara pemakaian sesuka hati, ini bermakna kita juga menerima kebebasan untuk golongan wanita bebas tidak berpakaian mengikut sesuka hati mereka. Sudah tentu kita sebagai seorang yang beriman tidak akan melakukan perkara sebegini.

Hakikatnya, kita sebagai Muslimah, berpakaian menutup aurat semata-mata kerana ianya adalah satu Perintah dari Maha Pencipta. Cara pemakaian Islam (menutup aurat) dan undang-undang sistem sosial Islam yang lain seperti larangan ikhtilath(percampuran) antara lelaki dan wanita, larangan pornografi dan pelacuran dalam masyarakat, larangan sumbang mahram dan berzina adalah hukum-hukum syarak yang yang diturunkan Allah untuk menjamin martabat wanita tidak dihina. Ianya juga adalah hukum-hakam yang benar-benar memastikan hubungan seksual dan yang sepertinya hanya dibenarkan dengan ikatan perkahwinan yang sah. Inilah juga hukum-hakam yang memelihara interaksi diantara lelaki dan wanita di dalam masyarakat di mana sebarang perasaan ataupun emosi yang mungkin wujud di antara kedua-dua jantina ini semasa berinteraksi, disalurkan mengikut hukum syarak dan tidak menghalang hubungan yang sihat untuk kedua-dua jantina ini bekerjasama sebagai satu masyarakat. Inilah pembebasan sebenar yang bakal dibawa oleh masyarakat Islam dibawah naungan Daulah Khilafah ke atas wanita dan masyarakat.

Wallahu ‘alam bi shawab

wmzh

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s