Saat Memperingati Kekasih


Ibnul Jauzi (seorang ulamak besar di zaman salafussoleh) berkata bahawa salah satu daripada perkara-perkara yang AMAT MUJARRAB ( iaitu telah dicuba dan terbukti keberkesanannya ) ialah meraikan atau merayakan Maulid Nabi SAW. Katanya, dengan merayakan Mawlid Nabi SAW, akan mendatangkan keamanan yang penuh sepanjang tahun ditempat diadakan keramaian Mawlid itu.

Ada satu hadis Nabi SAW bermaksud :

Barangsiapa membesarkan hari kezahiran ku, nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan satu dirham untuk Mawlid ku, maka seolah-olah ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untk ugama ALLAH

Banyak lagi khasiat dalam merayakan Mawlid Nabi SAW sambil dibacakan kitab Berzanji atau Daiba’i.

Pernah Saiyidi Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi tidur dan bermimpi. Dalam mimpi, Saiyidi Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi melihat Rasulullah SAW dan Habib Noh (seorang wali ALLAH di Singapura) berjalan di hadapan rumahnya. Habib Noh mempelawa Rasulullah SAW untuk menziarahi Saiyidi Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi, tetapi Rasulullah SAW enggan dan berkata, yang Saiyidi Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi tidak cintakan Rasulullah SAW kerana tidak meraikan Mawlid. Bila Saiyidi Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi tersedar dari mimpi, dia terus membaca kitab Mawlid Berzanji dan Daiba’i setiap hari. Sehinggalah sekarang, murid Saiyidi Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi akan membaca Mawlid Berzanji setiap malam Jumaat dan membaca kitab Mawlid Daiba’i setiap malam Isnin. Kerana menuruti jejak langkah Saiyidi Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi.

Antara fadilat meraikan Mawlid Nabi SAW ialah memurahkan rezeki seperti yang tertera dalam kitab-kitab lama.Seperti yang diperkatakan oleh Imam Syafie, Barangsiapa mengumpulkan orang untuk menyambut Mawlid Nabi SAW dengan membaca Mawlid, dan mengadakan syarahan-syarahan berkenaannya, serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat kebajikan , nescaya ALLAH Ta’ala akan membangkitkan mereka di hari kiamat bersama-sama dengan wali-wali, para syuhada dan orang yang soleh. Dan dia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat.

Berkata pula Saidina Abu Bakar As Siddiq, Barangsiapa meraikan Mawlid Nabi SAW, maka sesungguhnya dia akan menjadi teman ku di dalam syurga.

Berkata pula Saidina Omar Al Khattab, Barangsiapa meraikan Mawlid Nabi SAW, maka sesungguhnya ia menghidupkan ugama Islam.

Berkata pula Saidina Osman, Barangsiapa membelanjakan satu dirham untuk membaca Mawlid Nabi SAW, maka seolah2 dia mati syahid di dalam peperangan Badar & Hunain.

Berkata pula Saidina Ali, Barangsiapa membesarkan perayaan Mawlid Nabi SAW, maka ia tidak akan meninggal dunia, melainkan keadaannya di dalam iman.

Rasulullah SAW bersabda lagi : Barangsiapa mencintai diri ku, nescaya dia akan bersama ku di dalam syurga.

Dan di dalam bacaan Mawlidur Rasul sama ada Mawlid Berzanji atau pun Mawlid Daiba’i, susunan kisah sejarah kelahiran Rasulullah SAW disusun dalam bentuk puisi sambil diselang selikan dengan selawat. Ada rentak yang lembut dan mendayu seperti yag dipaparkan oleh bacaan lagu Sikah dan Raghbi. Ada yang tegas dan keras seperti bacaan Dukah. Dan ada yang menstabilkan emosi seperti bacaan Rast.

Keempat-empat lagu Mawlid itu diperindahkan dengan lagu selawat, agar roh dan jiwa berbekas dengan bacaan sejarah kehidupan Rasulullah SAW.

ALLAH dan malaikat sendiri mengucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW, maka kita sebagai makhluk yang hina, lebih-lebih lagilah sepatutnya mengucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW.

Firman ALLAH : Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat NYA berselawat ke atas Nabi (Muhammad SAW) ; wahai mereka yang beriman, banyakkanlah oleh mu mengucapkan selawat dan salam ke atasnya.

Rasulullah SAW bersabda : Banyakkanlah mengucapkan selawat kepada ku kerana mengucap selawat kepada ku itu ialah menjadi kafarah (iaitu menebus dosa) dan zakat bagi mu. Maka barangsiapa mengucap selawat kepada ku sekali nescaya ALLAH Ta’ala memberi selawat kepadanya sepuluh kali.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Ada tiga golongan manusia yang akan berada di dalam perlindungan Tuhan Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Tingi pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan pada NYA. Lalu Rasulullah SAW di tanya ” Siapakah mereka itu wahai Rasulullah SAW?” . rasulullah SAW menjawab : Mereka ialah orang yang menghilangkan kesusahan dari orang yang susah dari kalangan umat ku, orang yang menghidupkan syariat ku dan orang yang banyak mengucapkan selawat bagi ku.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Barangsiapa menulis selawat bagi ku di dalam sebuah kitab nescaya malaikat-malaikat akan sentiasa memintakan ampun baginya selagi tulisan nama ku itu ada di dalam kitab.

Diutusnya Rasulullah SAW sebagai rahmat ke atas sekelian alam. Antara rahmat baginda ialah nama baginda sendiri Muhammad. Terdapat hadis yang menyatakan kelebihan bagi menamakan anak-anak yang bernama Muhammad.

Rasulullah SAW bersabda :

Akan berdiri dua orang hamba ALLAH di hadapan ALLAH Ta’ala di padang Mahsyar. Lalu ALLAH memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga. Maka berkatalah mereka berdua ….. “Wahai TUHAN kami, bagaimanakah kami berhak masuk syurga?” …… Lalu ALLAH berfirman …. Wahai hamba-hamba KU berdua, masuklah kedua-dua kamu ke dalam syurga kerana AKU bersumpah kepada diri KU bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk neraka”

Maka saya menyeru, agar didiklah diri kita untuk memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW sepanjang masa, semoga kita beroleh syafaat baginda Rasulullah SAW.

http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2011/03/saat-memperingati-kekasih.html

Sambutan Mawlidur Rasul
Venue : Wadi Hussein, kampung Janda Baik, Pahang (Kediaman Pak Habib Syed Hussein Al Attas)
Tarikh : 23 April 2011
Masa : 10.00 am

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s