Kekeliruan yang ‘dipasarkan’


Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Penerbitan bahan-bahan agama adalah suatu usaha yang mulia tetapi ia turut datang dengan amanah dan tanggungjawab besar. -Gambar hiasan

KITA sentiasa menegaskan bahawa antara cabaran utama umat Islam di zaman ini adalah untuk membetulkan kefahaman agama mereka. Ini kerana fikrah-fikrah yang mengelirukan boleh muncul di mana-mana sahaja.

Para penerbit buku agama misalnya, ada yang bersifat terlalu komersial sehingga tidak berhati-hati memilih dan menapis bahan-bahan yang hendak dicetak dan dipasarkan.

Sebab itu ada terjumpa di rak sebuah kedai buku beberapa buku kecil berkaitan isu-isu agama yang bertemakan beramal menurut cara Nabi SAW.

Seperti yang dijangka, buku-buku itu turut mengandungi fikrah ‘beracun’ iaitu membidaahkan sesetengah amalan seperti zikir dan selawat yang sebenarnya menurut sebahagian besar ulama Islam tidak bercanggah, malah selari dengan perlembagaan al-Quran dan al-Sunnah.

Yang menariknya, bersebelahan dengan buku-buku itu, turut ditemui sebuah buku terjemahan karangan al-Marhum Sheikh Dr. Abdul Halim Mahmud, bekas Sheikhul Al-Azhar berkenaan dengan galakan berzikir yang diterbitkan oleh penerbit yang sama.

Dalam buku ini terdapat galakan mengamalkan zikir dan selawat yang dibidaahkan oleh buku-buku yang sebelumnya. Maka apakah nasib yang bakal menimpa orang-orang awam yang dengan jujur mahu menambah sedikit kefahaman agama mereka dengan membeli buku-buku ini?

Jika mereka tersalah pilih, bukankah mereka terdedah kepada kekeliruan dan fahaman yang salah yang akan menjauhkan lagi mereka daripada ajaran Islam yang benar?

Malangnya, buku-buku itu diterbitkan oleh penerbit yang sangat aktif menerbitkan buku-buku agama bagi masyarakat awam. Oleh kerana itu, buku-buku itu akan memasuki pasaran secara meluas dan akan mudah diperoleh.

Sepatutnya, penerbit-penerbit besar buku-buku agama harus lebih berhati-hati dalam menjalankan perniagaan.

Usaha menerbitkan bahan-bahan agama adalah suatu usaha yang mulia tetapi ia turut datang dengan amanah dan tanggungjawab yang besar di hadapan Allah SWT.

Mereka tidak boleh lewa dan cuai dalam memilih bahan-bahan agama yang hendak dilambakkan dalam pasaran.

Sebahagian masyarakat awam Islam pula mengambil jalan mudah dengan hanya mengambil ilmu agama mereka daripada buku-buku dan bahan agama popular yang ada di pasaran tanpa merujuk kepada guru-guru yang boleh dipercayai.

Ini adalah resipi-resipi yang boleh menyebabkan tersebarnya lebih banyak kekeliruan dan salah-faham agama di tengah masyarakat. Semoga Allah SWT menjauhkan dan memelihara kita daripadanya.

Atas kesedaran bahawa masyarakat awam cenderung untuk memilih yang mudah dan ringkas, kami di Yayasan Sofa berusaha dalam ruangan ini untuk mempersembahkan perbahasan dalam buku-buku yang lebih ilmiah dalam bentuk yang lebih ringkas dan mudah.

Begitu juga dalam penerbitan buku-buku dan bahan rujukan agama lain yang kami terbitkan yang belum mampu kami cetak dan pasarkan secara besar-besaran.

Pun begitu, masyarakat Islam sepatutnya disedarkan bahawa mereka tidak boleh terus-menerus bersikap bermudah dan bermalasan dalam menimba kefahaman agama mereka.

Dalam membentuk kefahaman dan penghayatan Islam yang sahih sebenarnya tidak ada jalan pintas dan mudah.

Resipi utamanya adalah dengan menuntut dengan guru-guru yang benar-benar diperakui oleh para ulama dan boleh dipercayai keilmuan dan penghayatan agama mereka.

Cara ini menuntut mujahadah dan pengorbanan yang bukan sedikit tetapi akan lebih menjanjikan pembukaan ilmu dan makrifah yang sebenar selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud: Dan mereka yang berjihad pada jalan kami nescaya akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap bersama para Muhsinin. (al-Ankabut: 69)

” نحن أنصار دين الله – كفى هذا قيمة “

Advertisements
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Saat Memperingati Kekasih


Ibnul Jauzi (seorang ulamak besar di zaman salafussoleh) berkata bahawa salah satu daripada perkara-perkara yang AMAT MUJARRAB ( iaitu telah dicuba dan terbukti keberkesanannya ) ialah meraikan atau merayakan Maulid Nabi SAW. Katanya, dengan merayakan Mawlid Nabi SAW, akan mendatangkan keamanan yang penuh sepanjang tahun ditempat diadakan keramaian Mawlid itu.

Ada satu hadis Nabi SAW bermaksud :

Barangsiapa membesarkan hari kezahiran ku, nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan satu dirham untuk Mawlid ku, maka seolah-olah ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untk ugama ALLAH

Banyak lagi khasiat dalam merayakan Mawlid Nabi SAW sambil dibacakan kitab Berzanji atau Daiba’i.

Pernah Saiyidi Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi tidur dan bermimpi. Dalam mimpi, Saiyidi Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi melihat Rasulullah SAW dan Habib Noh (seorang wali ALLAH di Singapura) berjalan di hadapan rumahnya. Habib Noh mempelawa Rasulullah SAW untuk menziarahi Saiyidi Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi, tetapi Rasulullah SAW enggan dan berkata, yang Saiyidi Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi tidak cintakan Rasulullah SAW kerana tidak meraikan Mawlid. Bila Saiyidi Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi tersedar dari mimpi, dia terus membaca kitab Mawlid Berzanji dan Daiba’i setiap hari. Sehinggalah sekarang, murid Saiyidi Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi akan membaca Mawlid Berzanji setiap malam Jumaat dan membaca kitab Mawlid Daiba’i setiap malam Isnin. Kerana menuruti jejak langkah Saiyidi Sheikh Muhammad Bin Abdullah As Suhaimi.

Antara fadilat meraikan Mawlid Nabi SAW ialah memurahkan rezeki seperti yang tertera dalam kitab-kitab lama.Seperti yang diperkatakan oleh Imam Syafie, Barangsiapa mengumpulkan orang untuk menyambut Mawlid Nabi SAW dengan membaca Mawlid, dan mengadakan syarahan-syarahan berkenaannya, serta menyediakan makanan bagi mereka dan membuat kebajikan , nescaya ALLAH Ta’ala akan membangkitkan mereka di hari kiamat bersama-sama dengan wali-wali, para syuhada dan orang yang soleh. Dan dia akan berada di dalam syurga yang penuh dengan nikmat.

Berkata pula Saidina Abu Bakar As Siddiq, Barangsiapa meraikan Mawlid Nabi SAW, maka sesungguhnya dia akan menjadi teman ku di dalam syurga.

Berkata pula Saidina Omar Al Khattab, Barangsiapa meraikan Mawlid Nabi SAW, maka sesungguhnya ia menghidupkan ugama Islam.

Berkata pula Saidina Osman, Barangsiapa membelanjakan satu dirham untuk membaca Mawlid Nabi SAW, maka seolah2 dia mati syahid di dalam peperangan Badar & Hunain.

Berkata pula Saidina Ali, Barangsiapa membesarkan perayaan Mawlid Nabi SAW, maka ia tidak akan meninggal dunia, melainkan keadaannya di dalam iman.

Rasulullah SAW bersabda lagi : Barangsiapa mencintai diri ku, nescaya dia akan bersama ku di dalam syurga.

Dan di dalam bacaan Mawlidur Rasul sama ada Mawlid Berzanji atau pun Mawlid Daiba’i, susunan kisah sejarah kelahiran Rasulullah SAW disusun dalam bentuk puisi sambil diselang selikan dengan selawat. Ada rentak yang lembut dan mendayu seperti yag dipaparkan oleh bacaan lagu Sikah dan Raghbi. Ada yang tegas dan keras seperti bacaan Dukah. Dan ada yang menstabilkan emosi seperti bacaan Rast.

Keempat-empat lagu Mawlid itu diperindahkan dengan lagu selawat, agar roh dan jiwa berbekas dengan bacaan sejarah kehidupan Rasulullah SAW.

ALLAH dan malaikat sendiri mengucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW, maka kita sebagai makhluk yang hina, lebih-lebih lagilah sepatutnya mengucapkan selawat ke atas Rasulullah SAW.

Firman ALLAH : Sesungguhnya ALLAH dan para malaikat NYA berselawat ke atas Nabi (Muhammad SAW) ; wahai mereka yang beriman, banyakkanlah oleh mu mengucapkan selawat dan salam ke atasnya.

Rasulullah SAW bersabda : Banyakkanlah mengucapkan selawat kepada ku kerana mengucap selawat kepada ku itu ialah menjadi kafarah (iaitu menebus dosa) dan zakat bagi mu. Maka barangsiapa mengucap selawat kepada ku sekali nescaya ALLAH Ta’ala memberi selawat kepadanya sepuluh kali.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Ada tiga golongan manusia yang akan berada di dalam perlindungan Tuhan Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Tingi pada hari yang tidak ada perlindungan melainkan perlindungan pada NYA. Lalu Rasulullah SAW di tanya ” Siapakah mereka itu wahai Rasulullah SAW?” . rasulullah SAW menjawab : Mereka ialah orang yang menghilangkan kesusahan dari orang yang susah dari kalangan umat ku, orang yang menghidupkan syariat ku dan orang yang banyak mengucapkan selawat bagi ku.

Sabda Rasulullah SAW lagi : Barangsiapa menulis selawat bagi ku di dalam sebuah kitab nescaya malaikat-malaikat akan sentiasa memintakan ampun baginya selagi tulisan nama ku itu ada di dalam kitab.

Diutusnya Rasulullah SAW sebagai rahmat ke atas sekelian alam. Antara rahmat baginda ialah nama baginda sendiri Muhammad. Terdapat hadis yang menyatakan kelebihan bagi menamakan anak-anak yang bernama Muhammad.

Rasulullah SAW bersabda :

Akan berdiri dua orang hamba ALLAH di hadapan ALLAH Ta’ala di padang Mahsyar. Lalu ALLAH memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga. Maka berkatalah mereka berdua ….. “Wahai TUHAN kami, bagaimanakah kami berhak masuk syurga?” …… Lalu ALLAH berfirman …. Wahai hamba-hamba KU berdua, masuklah kedua-dua kamu ke dalam syurga kerana AKU bersumpah kepada diri KU bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk neraka”

Maka saya menyeru, agar didiklah diri kita untuk memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah SAW sepanjang masa, semoga kita beroleh syafaat baginda Rasulullah SAW.

http://musafirseoranghamba.blogspot.com/2011/03/saat-memperingati-kekasih.html

Sambutan Mawlidur Rasul
Venue : Wadi Hussein, kampung Janda Baik, Pahang (Kediaman Pak Habib Syed Hussein Al Attas)
Tarikh : 23 April 2011
Masa : 10.00 am

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Tarikan Islam….


Pernah tak anda terfikir yang anda sedang menanggung satu bebanan yang saaaannnngggaaattt berat? Ya, bebanan dakwah itu, anda rasakan sangat berat dan seolah tidak mampu untuk anda galas? Pernah? Hrmmm….
Siapa kata dakwah itu tidak berat.
Mana tidaknya, matlamatnya adalah untuk mengubah seluruh dunia. Bukan untuk main-main je. Bukan setakat memenuhi portfolio jawatankuasa yang ada dalam persatuan mcm zaman sekolah dulu. Bukan untuk bawak usrah sahaja. Tapi matlamatnya, adalah untuk mengubah satu DUNIA!!!
Fuuhh… Kalau mcm tu.. Super berat+susah+pengsan la nak buat dakwah ni. ekk?
Hoho… Nope-nope-nope…. Ya Ikhwati Fillah;
Cuba hayati bait-bait tulisan Syed Qutb ini.

“Apabila kita hidup hanya untuk kita, hidupnya amatlah singkat. Bermula dari bermulanya kita dan berakhir dengan berakhirnya umur kita yang terbatas. Tetapi jika kita hidup kerana selain daripada kita, hidup kerana fikrah, sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam. Bermula daripada bermulanya manusia dan berakhir dengan luputnya manusia di bumi ini.

Jika kita merasakan kita yang memulakan perjuangan ini,kita akan merasa sempit dada menghadapi kematian (kerana perjuangan belum mencapai matlamat). Ingatlah, bukan kita yang memulakannya dan bukan kita yang mengakhirinya. Ia dimulakan oleh para Nabi hinggalah ke akhir zaman. Kita adalah mata rantai dari satu perjuangan yang panjang,” as-Sayyid Qutb rahimahullah.

Indah bukan?
Cuba perhatikan kiri dan kanan anda. Anda akan dapati, arus Islam itu semakin kuat. Perhatikan manusia-manusia yang diluar sana. Tidakkah makin ramai yang semakin menghampiri Rabbnya?
Itulah tandanya, sifat Islam itu sendiri, sudahpun menjadi satu pejuang, dalam memenangkan arus Islam. Dan, ketahuilah, sudahpun makin ramai yang menawarkan diri untuk memikul beban yang kau katakan berat dan mustahil itu. Sudahpun beratur insan-insan yang ingin mewakafkan diri mereka untuk perjuangan ini. Tandanya, ia tidaklah susah, dan ia tidaklah mustahil.
Ya, kita hanyalah satu matarantai, dari sebuah perjuangan yang panjang.
Benar, dakwah kita adalah untuk mengubah keseluruhan manusia, tapi bukan dengan kita melibas dunia dan memaksanya mengikut arus Islam. Tidak, Islam sifatnya bukan menghentam Jahiliyyah, sebaliknya, Islam sifatnya memahamkan manusia Jahiliyyah itu jahil, dan Islam itu Siddiq. Dengan ini, akan beralihlah manusia dari arus Jahiliyyah, dan seterusnya menyertai arus Islam.
Dan usaha untuk memahamkan keseluruhan dunia dengan hakikat ini, adalah satu perjuangan yang panjang. Namun, ianya pasti. Kita adalah matarantai. Maka perhatikanlah, setiap matarantai itu tidak boleh bersifat lemah. Kerana andai ia lemah, pastinya ia akan menjadi titik punca, ia akan menjadi weakest link, yang seterusnya akan dilibas jahiliyyah, dan tatkala ia terputus, maka akhi, ingatlah, saatnya matarantai itu terputus, akan lesaplah keseluruhan perjuangan yang direncanakan.
Tugas kita, adalah untuk mengubah keseluruhan dunia, dan caranya adalah untuk menyediakan perajurit Islam, yang jauh lebih hebat dari diri kita sendiri. Dengan inilah, baru arus Islam itu makin lama makin teguh, makin lantang, dan makin kuat.
Persoalannya…. sudahkah kita mencari perajurit-perajurit yang mendahagakan sinar Islam?
Sudahkah kita bina pemahaman mereka ini, sehinggakan kita tiup roh Islam untuk mereka bangun dan berperang?
Ya, sifat Islam itu sendiri sudah menjadi daya tarik yang sangat berkuasa. Tugas kita, cukup sekadar menunjukkan jalan untuk mereka berjumpa Islam. Tidak susah bukan?
Jadi jom…!!! Kita gabungkan diri kita dengan arus Islam, dan sama-sama kita tewaskan Jahiliyyah!!
Wallahua’lam.
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Calligraphy for Mural Painting


Khat Jawi Mural adalah dekorasi khat yang dilukis diatas dinding sekolah. Kebiasaannya, pelanggan kami adalah dari sekolah-sekolah agama dan juga sekolah-sekolah kebangsaan. Harga akan ditetapkan mengikut ukuran dan saiz dinding, jenis-jenis khat yang digunakan dan juga jenis warna untuk latar belakang khat tersebut.
Sebarang permintaan untuk membuat khat jawi mural di dinding-dinding sekolah, pihak kami akan menyediakan kertas kerja dan rundingan dapat dilakukan di antara pihak kami dengan para pelanggan melalui presentasi oleh pihak kami. Bagi yang berminat dan sebarang pertanyaan tentang khat jawi mural ini, sila hubungi talian seperti berikut:
017-3065404

saiz 4′ x 8′ = RM 400 ( bingkai kerawang)

saiz 6′ x 9′ = RM 650 ( bingkai kerawang)

saiz 10′ x 12′ = RM 950

saiz 9′ x 10′ = RM 750

saiz 4′ x 6′ = RM 300

saiz 6′ x 12′ (asmaul husna) = RM 3000

saiz 6′x 12′ nama sekolah ,logo dan alamat sekolah =RM 2500

Posted in Uncategorized | 2 Comments

Pengenalan Ilmu Kaedah Feqah


Ilmu tentang ‘Kaedah-kaedah Feqah’ adalah satu bidang penting dalam ilmu syarak. Maka wajar bagi penuntut ilmu menguasai sekurang-kurangnya asas penting dan beberapa kaedah utama daripadanya. Sebagai pendahuluan, mari kita berkenalan dengan asas ilmu Kaedah Feqah. Saya akan ringkaskan dalam beberapa tajuk.

1. Definisi Kaedah-kaedah Feqah.
Ia boleh ditakrifkan sebagai: ‘Hukum syarak secara keseluruhan yang merangkumi di bawahnya masalah-masalah furuk feqah’.
Difahami daripada definisi ini bahawa ia mestilah bersifat umum atau menyeluruh. Tetapi kebiasaannya, dalam satu-satu kaedah ada masalah-masalah yang dikecualikan.

2. Perbezaan antara ‘Kaedah Feqah’ dan ‘Kaedah Usul’.
Kaedah Usul ialah kaedah-kaedah umum yang terhasil daripada ilmu usul feqah. Contohnya, kaedah ‘Setiap perintah membawa hukum wajib’, dan kaedah ‘Setiap larangan membawa hukum haram’.
Perbezaan ketara antara kaedah feqah dan kaedah usul ialah:
i- Kaedah Usul lahir daripada ilmu usul feqah dan penggunaan tatabahasa Arab serta kaedah-kaedahnya. Manakala Kaedah Feqah lahir daripada masalah-masalah furuk feqah, yang dilihat ada persamaan antara satu sama lain.
ii- Kaedah Usul digunakan oleh mujtahid untuk istinbat hukum feqah. Manakala Kaedah Feqah digunakan oleh orang alim atau penuntut ilmu untuk memudahkan hafalan masalah-masalah feqah mengikut kaedah.
iii- Kaedah Usul adalah hukum am yang menyeluruh, manakala Kaedah Feqah kebanyakannya tidak menyeluruh dan ada pengecualian.
iv- Kaedah Usul adalah alat mengeluarkan hukum, maka ia digunakan sebelum keluar hukum feqah. Manakala Kaedah Feqah adalah kaedah yang menghimpun masalah-masalah feqah, dan ia lahir selepas adanya hukum feqah.

3. Kepentingan Menguasai Ilmu Kaedah Feqah
Tidak diragukan bahawa ilmu ini salah satu cabang ilmu syarak, dan sudah dimaklumi betapa pentingnya mempelajari ilmu syarak. Secara khusus, ilmu ini mempunyai keistimewaan tersendiri, iaitu:
i- Penguasaan kepada seluruh furuk feqah mungkin satu perkara mustahil bagi seseorang. Dari sini, ilmu Kaedah Feqah berperanan membantu menghimpunkan pelbagai furuk yang sama jenis di bawah satu kaedah. Ia akan memudahkan hafalan.
ii- Ilmu Kaedah Feqah berperanan memperkukuhkan penguasaan dan kemahiran feqah seseorang. Ia dapat digunakan untuk menyelesaikan pelbagai persoalan cabang feqah yang timbul. Iaitu dengan membandingkan masalah yang timbul dengan masalah-masalah yang serupa di bawah satu kaedah.
iii- Ilmu ini membantu memahamkan seseorang penuntut tentang maqasid syar’iyyah (objektif syariat), kerana kebanyakan kaedah-kaedah feqah disusun bertepatan dengan objektif syarak seperti kaedah ‘Kesukaran membawa kepada kemudahan’.

4. Sejarah dan Perkembangan Ilmu Kaedah-kaedah Feqah
i- Era Kenabian

Ilmu Kaedah Feqah lahir sejak era kenabian lagi. Rasulullah SAW diberikan kelebihan ‘jawamik al-kalim’ iaitu tutur katanya ringkas, padat dan memberi makna yang luas. Banyak kata-kata baginda dijadikan kaedah am contohnya:
– Hadis “Setiap amalan hendaklah dengan niat”.
– Hadis “Sesiapa melakukan amalan yang bukan daripada urusan kami maka ia ditolak”.

ii- Era Sahabat
Pada zaman sahabat, ilmu Kaedah Feqah semakin berkembang. Didapati daripada kata-kata sesetengah sahabat ucapan-ucapan yang memberikan hukum am atau kaedah umum. Contohnya:
– Ibnu Abbas r.a. berkata: “Setiap yang disebut dalam Quran ada kalimah ‘atau’ maka ia memberi maksud pilihan. Dan setiap yang disebut ‘Jika kamu tidak mendapatinya’, maka ia memberi erti hendaklah dilakukan secara susunan”.
– Umar r.a. berkata: “Hukum ini berdasarkan apa yang kami putuskan (sekarang), dan hukum dahulu itu adalah apa yang telah kami putuskan dahulu”. Beliau merujuk kepada ijtihad tidak dibatalkan dengan ijtihad.
– Umar r.a. berkata: “Penyelesaian terhadap hak-hak mestilah dirujuk kepada syarat-syarat yang dimeterai”.
Dan banyak lagi kaedah-kaedah lain yang bersumberkan kepada atsar-atsar sahabat.

iii- Era Tabieen
Antara contoh atsar tabieen yang dijadikan kaedah ialah:
– Kata Syuraih Al-Qadhi: “Sesiapa meletakkan syarat ke atas dirinya secara sukarela tanpa dipaksa, maka dia betanggungjawab ke atasnya”.

iv- Era Fuqaha Salaf
Di samping kaedah-kaedah feqah yang diambil daripada hadis, atsar sahabat dan tabieen, perkembangan ilmu ini menyaksikan tokoh-tokoh fuqaha selepas mereka mengeluarkan banyak lagi kaedah-kaedah feqah. Ia selari dengan perkembangan ilmu feqah yang semakin gemilang pada era imam-imam empat mazhab.
Sebagai contoh,
– Muhammad bin Al-Hasan berkata: “Setiap perkara yang makruh dimakan dan makruh digunakan, maka makruh juga membeli dan menjualnya”.
– Imam Syafie berkata: “Tidak dinisbahkan satu kata-kata kepada orang yang diam”.
– Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Setiap benda yang harus dijual beli, maka harus dijadikan pemberian, sedekah, dan cagaran”.
Demikian serba ringkas sejarah timbulnya ilmu Kaedah Feqah sejak zaman kenabian sehingga zaman imam-imam mazhab yang empat.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Khat Farsi


Sabda Rasulullah S.A.W:

 Hadis diriwayatkan oleh Muslim

Makna hadith:

“Sesiapa yang melindungi maruah saudaranya yang Muslim, Allah akan melindungi maruahnya di dunia dan akhirat”.

PENGENALAN KHAT FARSI

Masyarakat Iran terutamanya dari golongan Samaniyah, sejak dahulu lagi amat berminat dengan kesenian yang merupakan warisan turun-temurun datuk nenek mereka. Mereka menulis menggunakan sejenis khat yang dinamakan khat Bahlawi sebelum kedatangan Islam ke Parsi. Nama khat ini diambil daripada perkataan Bahla sebuah tempat antara Asfahan dan Azerbaijan.

Setelah kedatangan Islam dari Semenanjung Arab ke Parsi dan pemerintahan Islam telah kukuh, masyarakat Iran pada masa itu telah menukar tulisan Bahlawi kepada tulisan Arab dan dinamakan dengan khat Ta’liq. Hakikatnya, orang Iran telah mengambil khat al-Qirmuz, iaitu khat yang digunakan untuk penulisan al-Qur’an pada masa itu dan kemudian menamakannya khat Ta’liq. Ada pendapat yang mengatakan bahawa kaedah tulisannya yang asal diambil daripada khat al-Tahrir, khat Riq’ah dan khat Thuluth.

Keindahan khat Farsi terletak pada bentuk lengkungan hurufnya yang menarik, kurangnya penggunaan garis menegak dan bentuk hurufnya yang condong ke kanan serta memanjang. Sesetengah hurufnya begitu mantap dan boleh disusun dengan begitu menarik serta mempesonakan. Khat Farsi ini setelah ditulis sepenuhnya dapat menyerlahkan kelembutan kaedah penulisannya dan dapat menunjukkan bagaimana telitinya seseorang penulis khat dalam menghasilkan sesebuah karya.

Khat Farsi terbahagi kepada 5 jenis iaitu khat Nasta’liq, khat Syekestah, khat Farsi Mutanazir, khat Farsi Mukhtazil, dan khat Farsi Mi’rat. Antara penulis khat yang terkenal dalam penguasaan khat Farsi ialah Imaduddin al- Syirazi, Muhammad As’ad al-Yasari, dan penulis buku kaedah khat Qawa’idul Khat ‘Arabi, Hasyim Mohammad al-Baghdadi.

Posted in Uncategorized | 2 Comments

PENGENALAN KHAT RIQ’AH


Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan utama mereka mencipta khat ini ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan. Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis. Ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh. Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada tulisan dan nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas digunakan, khususnya dalam penerbitan buku, majalah dan akhbar. Justeru, beberapa langkah telah diambil untuk menjadikan khat Riq’ah dipelajari oleh murid-murid di sekolah dan dapat digunakan dalam urusan harian, seperti urusan surat-menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam akhbar.

Posted in Uncategorized | Leave a comment